Peniaga rugi lebih RM400,000 angkara 'phone scam'

Iklan
Peniaga kerugian RM446,800 selepas menjadi mangsa penipuan 'phone scam' daripada individu menyamar sebagai pihak SKMM dan pegawai polis. Foto hiasan (Gambar kecil: Yahaya)

KUANTAN - Seorang peniaga kerugian RM446,800 selepas menjadi mangsa penipuan 'phone scam' daripada individu menyamar sebagai pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pegawai polis.

Kejadian bermula apabila lelaki berusia 42 tahun dari daerah Jerantut menerima panggilan daripada 'pegawai SKMM' yang mendakwa nombor telefon miliknya digunakan untuk tujuan penipuan pada 22 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, panggilan telefon tersebut telah disambungkan kepada pegawai polis.

"Suspek memaklumkan bahawa terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terlibat dengan pengubahan wang haram.

Iklan

"Mangsa berasa takut apabila menerima waran tangkap yang dihantar oleh suspek melalui aplikasi WhatsApp," katanya dalam satu kenyataan.

Yahaya memberitahu dalam tempoh 22 hingga 24 Oktober lalu mangsa telah membuat 51 pemindahan wang berjumlah RM446,800 ke 11 akaun bank bagi tujuan siasatan.

Iklan

"Semua smber kewangan adalah wang simpanan mangsa. Mangsa berasa ditipu apabila suspek tidak memulangkan wang seperti yang dijanjikan setelah selesai siasatan pada Jumaat.

"Susulan itu, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut," katanya.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak Polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Tegasnya, masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.