Peniaga dalam talian didenda RM51,000, jual dan edar barang tiruan

Iklan
Seorang lelaki tempatan didenda RM51,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menjual dan mengedar barangan tiruan. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan didenda RM51,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menjual dan mengedar barangan tiruan.

Pengusaha perniagaan dalam talian itu mengaku bersalah atas sabitan kes di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

Iklan
Iklan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 1,641 unit terdiri stoking, jersi dan baju pelbagai saiz disita dalam serbuan dilakukan di dua premis.

Menurutnya, ia membabitkan sebuah premis stor penyimpanan dan rumah kediaman suspek sekitar Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai lokasi penyimpanan dan pengedaran barangan dengan salah cap dagangan berdaftar.

Iklan

"Hasil sabitan terhadap kes ini, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM 51,000 atau enam bulan penjara manakala kesemua barang kes diperintahkan untuk dilucutkan," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, mengikut kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15, 000 bagi kesalahan pertama dan RM30, 000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Iklan

"Jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, berdepan denda tidak melebihi RM10, 000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

KPDN Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penjualan, penyimpanan atau pengedaran barangan tiruan supaya tampil membuat aduan.

Aduan boleh dibuat menerusi Whatsapp di talian 019-848 8000, http://eaduan.kpdn.gov.my, 1-800-886-800 atau aplikasi Ez Adu KPDN.