SK Bandar Baru Selayang (2) bawa mentaliti juara

Iklan
SK Bandar Baru Selayang (2) tekad pergi lebih jauh dalam penampilan pertama di pentas Piala Raja Muda Selangor 2024.

PASUKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Selayang (2) tekad mahu melakar kejutan dalam penampilan pertama pasukan berpangkalan di Batu Caves berkenaan dalam Kejuaraan Piala Raja Muda Selangor.

Malah pengendali skuad Bawah 12 tahun (B-12), SK Bandar Baru Selayang (2), Ahmad Zaidi Abdul Aziz percaya tampil sebagai ‘pasukan budak baharu’ dalam edisi kali ke-35 berjaya diserap sebaiknya skuad berkenaan

Iklan
Iklan
SK Bandar Baru Selayang (2) sudah bersedia beri tentangan terhadap SK Seksyen 20 pada Isnin.

"Prestasi dan mood pemain-pemain dalam keadaan terbaik serta sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan separuh akhir menentang penyandang juara SK Seksyen 20, Shah Alam.

"Sejujurnya, kemenangan dalam perlawanan suku akhir adalah di luar jangkaan kami tambahan pula dengan status kami sebagai sebuah pasukan baharu dalam kejuaraan ini.

Iklan

"Biarpun begitu, kami bertekad mahu menamatkan pengembaraan klasik SK Seksyen 20, juara 2023 lalu,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Sebagai rekod, SK Bandar Baru Selayang (2) memulakan kempen pusingan 32 dengan muncul juara Kumpulan D selepas mengatasi SK TUDM Subang, SK Puncak Alam 3 dan SK Johan Setia.

Iklan
Sokongan padu warga Bandar Baru Selayang (2) nyalakan semangat pemain-pemain.

Di Pusingan 16, SK Bandar Baru Selayang (2) menjinakkan SK Taman Bunga Raya 2, Rawang, 1-0 bagi menempah slot suku akhir.

Pentas suku akhir, SK Bandar Baru Selayang (2), mengatasi SK Bukit Kerayong, Kapar, 4-2 untuk berdepan juara Piala Sumbangsih, SK Seksyen 20, Shah Alam.

Ditanya persediaan berdepan pasukan pilihan dari Shah Alam di padang SK Putra Height pada Isnin ini, Ahmad Zaidi berkata:"Persediaan kami pada ketika ini adalah lebih kepada fizikal untuk mengekalkan tahap kecergasan pemain-pemain dengan latihan berterusan dan perlawanan persahabatan.

"Dari segi mental pula pemain-pemain diterap berfikiran positif dan mentaliti juara,” katanya.

Ditanya homework dilakukan barisan kejurulatihan dalam menyekat jentera SK Seksyen 20, Ahmad Zaidi berkata, mereka sudah merencanakan taktikal mengunci pemain-pemain pasukan lawan yang memiliki kelebihan dari aspek fizikal dan kemahiran individu tinggi.

Sebagai rekod, Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Kejuaraan pembangunan bakat Bawah 12 tahun ini terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.


INFO

PIALA RAJA MUDA SELANGOR 2024

SK BANDAR BAHARU SELAYANG (2) (PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK)

Pengurusan

PENGURUS: LUQMAN JAUHARI MUHAIMIN

KETUA JURULATIH: AHMAD ZAIDI ABDUL AZIZ

PENOLONG JURULATIH: MOHD ZAKRI MAMAT

JURULATIH PENJAGA GOL: MUHAMAD ZUL IZHAN AZMAN

FISIOTERAPI: A'ALAHUDIN MUHAMAD

Pemain

1. AQIL HAIQAL NORHISYAM

18. MUHAMMAD FARIDUDEEN ATTAR MOHD ASYRAF

3. MUHAMMAD RIZQI MUHAMMAD ROZAIMI

4. KAMEEL HARRAZ KHAIRULAZMAN

5. MUHAMMAD WAREED AISY MOHD KHAIRUL

6. AFIQ IKHWAN FAZLU RAHMAN

7. MUHAMMAD ADIB IMRAN ZAHID

8. MUHAMMAD ADEEL NAIM NORMAN

9. MUHAMAD ADAM KHAIRUL FITRI

10. MUHAMMAD RAYYAN RAFAEL MOHD AIZUDDIN

11. MUHAMMAD DAFY SHAH TAMRIN

12. IYAD HARRAZ JOEPETTER

13. HARITH HAFIDH QAISER RAHALHAFIZAN

14. MUHAMMAD AL HAFFIZH NURRUDDIN HANAFFI

15. KHALEEF WAHYU MOHD NOOR ANIS

16. MUHAMAD HAZIQ NAZRAN MUHAMAD HARITH

17. MUHAMMAD DANNY SHAH TAMRIN

20. MUHAMMAD MIKHAIL RIZQIE MOHD EZERI

19. MUHAMMAD FATIH ANAS IZHARUL AZRIL

2. AHMAD AKIF FURHAN AHMAD FATHULLAH