Tentera Israel selesai serang kemudahan ketenteraan Iran

Iklan
Tentera Israel pada Sabtu mengumumkan telah menyelesaikan serangan udara yang disasarkan terhadap kemudahan ketenteraan Iran. Foto Xinhua

ISTANBUL - Tentera Israel pada Sabtu mengumumkan telah menyelesaikan serangan udara yang disasarkan terhadap kemudahan ketenteraan Iran, lapor Agensi Anadolu.

Tentera rejim menyatakan bahawa serangan udara itu menyasarkan kemudahan pembuatan peluru berpandu yang dipercayai telah menghasilkan peluru berpandu yang dilancarkan ke Israel pada tahun lepas.

Iklan
Iklan

Serangan itu sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu baru-baru ini oleh Teheran ke atas Israel.

Menurut tentera, serangan itu turut menyasarkan sistem peluru berpandu darat-ke-udara serta aset udara Iran yang lain, yang bertujuan menghalang keupayaan operasi Israel dalam ruang udara Iran.

Iklan

"Operasi telah berjaya dilaksanakan, dengan semua pesawat kembali dengan selamat ke pangkalan," katanya.

Tentera rejim turut memaklumkan bahawa ia mempunyai pelbagai keupayaan serangan, sebahagian daripadanya telah digunakan dalam serangan pada Sabtu yang menyasarkan aset strategik jauh di dalam Iran.

Iklan

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam satu kenyataan video berkata, beliau kini boleh mengesahkan bahawa tentera rejim telah menyelesaikan respons Israel terhadap serangan Iran ke atas Israel.

"Kami melakukan serangan yang disasarkan dan tepat ke atas sasaran ketenteraan di Iran, menggagalkan ancaman segera terhadap Israel.

Pasukan Pertahanan Israel telah memenuhi misinya.

"Jika Iran membuat kesilapan dengan memulakan pusingan baru peningkatan konflik, kami akan bertanggungjawab untuk bertindak balas," katanya. - Bernama