Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak

Iklan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (tengah) bersama Raja Permaisuri Perak,Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak Tahun 1446H/2024M di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Pentadbiran Islam Perak (INTIM) pada Sabtu. Foto Bernama

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Sabtu.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Iklan
Iklan

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Zakaria Abd Razak.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 20 anugerah kecemerlangan membabitkan 107 penerima.

Iklan

Anugerah utama Tokoh Pendidik 2024 disampaikan kepada Madihah Mohamad yang pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Madihah telah membantu Sekolah Raja Perempuan Taayah memenangi tiga pingat emas, masing-masing satu perak dan gangsa serta anugerah khas juri di Apprentice Innovation Research Exhibition 2018.

Iklan

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Hafiz Muda 30 Juzuk kepada tujuh penerima dan dua penerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Turut disampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kepada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023.

Pada majlis sama, baginda juga berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Silibus Usrah Badar Jabatan Agama Islam Perak dan Buku Teks Akademi Insan Muda Ar Ridzuan. - Bernama