50 terbunuh serangan RSF di Sudan

Iklan
Lebih 50 orang terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera pada Jumaat dalam serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) ke atas sebuah kampung di tengah Sudan, menurut kumpulan bukan kerajaan. Gambar hiasan

KHARTOUM - Lebih 50 orang terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera pada Jumaat dalam serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) ke atas sebuah kampung di tengah Sudan, menurut kumpulan bukan kerajaan, lapor Xinhua.

"Pada pagi Jumaat, kumpulan RSF telah menyerang dan mengebom Kampung Alseriha di daerah Al Kamlin.

Iklan
Iklan

"Lebih 53 penduduk Kampung Alseriha terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera dengan sebahagian daripada mereka dalam keadaan kritikal," kata jawatankuasa penentang, sebuah kumpulan sukarelawan di Wad Madani, ibu kota negeri Gezira.

Sejak waktu Subuh pada Jumaat, pasukan RSF telah menyerbu Kampung Alseriha di daerah Al Kamlin, utara negeri Gezira, memasang senjata dan meriam di atas bangunan tinggi, serta mula menembak ke arah penduduk yang tidak bersenjata, menurut Gezira Conference, sebuah kumpulan bukan kerajaan, dalam satu kenyataan.

Iklan

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar Sudan mengutuk kempen balas dendam RSF terhadap kampung dan bandar di negeri Gezira.

Kementerian itu berkata, RSF sedang melaksanakan kempen berdasarkan puak dan wilayah, yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik.

Iklan

19 terbunuh dalam pertempuran kumpulan penjenayah di Mexico

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penjenayah di Guerrero, negeri selatan Mexico, kata Menteri Keselamatan Omar Garcia Harfuch pada Jumaat, lapor Xinhua.

Garcia Harfuch dalam satu sidang media berkata sekurang-kurangnya tiga pertempuran berlaku.

"Terdapat beberapa serangan terhadap anggota tentera yang mengakibatkan 17 penyerang terbunuh, 11 ditahan, dua pegawai majlis perbandaran terbunuh, dan empat cedera. Kami sedang menyiasat insiden berkenaan," katanya. - Bernama