Carum SKSPS sebagai syarat lesen penjaja

Iklan
Nora (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada kakitangan yang menyertai sukan sempena Program Tautan Kasih PERKESO Bersama Media Kelantan pada Jumaat.

TUMPAT - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang bakal diwajibkan kepada semua penjaja tahun depan.

Pengarah PERKESO, Nora Yaakob berkata, pihaknya akan memaklumkan PBT bahawa syarat mendapatkan lesen penjaja perlu mencarum SKSPS dan setakat ini pihaknya sedang mengenal pasti jumlah keseluruhan penjaja namun libat urus sedang diusahakan di seluruh negeri.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, PERKESO akan memberi fokus untuk memperluaskan permohonan skim itu tahun depan supaya semua penjaja dilindungi kerana mereka juga terdedah kepada risiko, keilatan dan kematian.

"Sebagai usaha kita juga akan mengumpulkan penjaja melalui PBT di Kelantan untuk menyampaikan maklumat serta pencerahan mengenai skim yang boleh melindungi mereka dengan hanya membayar minimum kira-kira RM23.30," katanya.

Iklan
Pertandingan memanah yang disertai media dan kakitangan PERKESO sempena Program Tautan Kasih PERKESO Bersama Media Kelantan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Tautan Kasih PERKESO Bersama Media Kelantan pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pegawai & Hal Ehwal Koporat PERKESO, Roshaimi Mat Rosely dan Ketua Unit Jenama & Strategi Pengiklanan Cawangan Komunikasi Jenama Bahagian komunikasi & Hal Ehwal Koporat PERKESO, Noorsharina Ahmad

Iklan

Menurut Nora, bagi tahun ini masih ada lagi subsidi sebanyak 90 peratus daripada kerajaan untuk pencarum bekerja sendiri membabitkan 20 sektor dan mereka hanya perlu membayar sejumlah RM23.30 sahaja sehingga 31 Disember.

Tambah Nora, setakat ini sudah ada 10,300 individu yang bekerja sendiri yang mencarum melalui SKSPS.

"Bagaimanapun kita mahu semua individu bekerja sendiri iaitu lebih 170,000 di negeri ini mencarum skim berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Nora juga mahu semua suri rumah di Kelantan turut mencarum dengan PERKESO supaya mereka mendapat manfaat yang sama.

"Masih kurang suri rumah ada ada kesedaran untuk mencarum terutama secara sukarela," katanya.

Program Tautan Kasih PERKESO Bersama Media Kelantan Pengamal dimeriahkan dengan acara sukan tradisi termasuk memanah, berbasikal lambat dan kukur kelapa.