Bantuan RM9.79 juta kepada 4,616 pesawah terjejas di Kelantan

Iklan
Mohamad Sabu

KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyalurkan bantuan berjumlah RM9.79 juta kepada 4,616 pesawah yang terjejas bencana banjir dan kemarau di Kelantan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bantuan diberikan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) melibatkan keluasan 11,119 hektar tanaman padi terjejas.

Iklan
Iklan
Mohamad Sabu (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek sebagai simbolik penyerahan bantuan TBTP.

"Bantuan disalurkan bagi meringankan beban ditanggung pesawah terjejas di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kerana bencana pada musim satu serta dua tahun lalu.

"Melalui bantuan ini juga diharap dapat memberi suntikan modal penanaman padi untuk musim akan datang,” katanya selepas menyampaikan TBTP dan Bantuan Khas Sumbangan Tunai Kepada Pesawah (BKST) Fasa 1 di Pertubuhan Peladang Kawasan Nilam Puri di sini pada Sabtu.

Iklan
Simbolik Mohamad Sabu (tiga dari kiri) menyampaikan TBTP kepada petani di Kelantan.

Beliau mengulas, bagi pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi akibat banjir bakal menerima tunai sehingga RM1,800 per hektar, manakala nilai bantuan bagi pesawah terjejas kemarau adalah sebanyak RM876 per hektar dengan had maksimum sehingga tiga hektar.

Katanya, dua bencana tahun lalu menyebabkan negara mengalami penyusutan hasil padi sehingga lima peratus namun pihaknya segera melaksanakan pelbagai usaha untuk memulihkan keadaan termasuk yang sedang dilaksanakan iaitu mewujudkan kawasan jelapang ketiga terbesar negara di Sarawak.

Iklan

Selain itu, Mohamad berkata, BKST Fasa 1 berkenaan akan dinikmati lebih 7,239 pesawah di kawasan seliaan KADA dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.3 juta.

"Bantuan diberikan sebanyak RM200 bagi setiap pesawah sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim dan akan dikreditkan terus ke akaun pesawah.

"BKST juga diberikan kepada pesawah di bawah seliaan Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda dan Jabatan Pertanian Sarawak,” katanya.