Kelantan tidak setuju carum SKSPS sebagai syarat lesen penjaja

Iklan
Wan Aminordin (dua dari kiri) memberi penerangan kepada Hilmi mengenai dron yang digunakan untuk memantau pembakaran terbuka sempena Majlis Sambutan HASN 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.

PASIR MAS - Kerajaan Kelantan tidak bersetuju jika caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diwajibkan sebagai satu syarat mendapatkan lesen menjaja.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, ia tidak adil kepada penjaja kerana ada di antara mereka yang sudah mempunyai insurans perlindungan.

Iklan
Iklan

"Caruman itu tidak boleh menjadi syarat lesen kerana peniaga ada pilihan dan penentuan pendapatan mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Wan Aminordin Wan Kamaruddin.

HIilmi bagaimanapun memberitahu, kerajaan negeri tetap menggalakkan semua penjaja mempunyai skim perlindungan kerana mereka juga terdedah kepada risiko dan kematian.

Iklan

"Bayaran yang dikenakan juga tidak mahal hanya kira-kira RM23 dan kita percaya semua penjaja mampu membayarnya untuk manfaat yang banyak pada masa depan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan PERKESO akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya penjaja mencarum SKSPS sebagai syarat wajib mendapatkan lesen menjaja bermula tahun depan.

PERKESO kini sedang mengenal pasti jumlah keseluruhan penjaja supaya semua penjaja dilindungi kerana mereka terdedah kepada risiko, keilatan dan kematian.