Negeri Sembilan tumpu pembangunan mampan

Iklan
Veerapan (tiga dari kiri) mendengar penerangan daripada Hamzah berkenaan bacaan asap lori yang diperiksa.

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menekankan pembangunan mampan menerusi Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS),

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, rancangan itu menggariskan pelaksanaan kemampanan ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta kelestarian alam sekitar selari dengan agenda global.

Iklan
Iklan

"Agenda global untuk memperkukuhkan pelaksanaan konsep pembangunan mampan menjadi semakin penting dan mendesak.

"Jadi, agenda pembangunan mampan ini perlu diberi perhatian serius agar ia tidak membawa polemik berpanjangan dengan kos pemuliharaan alam sekitar yang membebankan," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 Peringkat Negeri Sembilan di Hentian Rehat dan Rawat Seremban di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Hamzah Mohamad.

Selain itu, beliau turut menyeru orang ramai untuk mengurangkan penggunaan bahan yang mengandungi bahan pemusnah ozon.

Iklan

Ujarnya, ia boleh didapati di dalam botol semburan racun serangga, alat penghawa dingin di rumah, bangunan dan kenderaan serta peti sejuk.

"Apabila kita membeli peralatan baru, semak sama ada peralatan tersebut mempunyai label mesra ozon, bebas hidroflourokarbon (HCFC free) atau penjimatan tenaga yang efisen," katanya.

"Selain itu bagi memastikan bahan pemusnah ozon ini dikawal melalui penguatkuasaan, Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan pemeriksaan dan pengujian gas refrigerant sebanyak 10 kali terhadap premis yang menggunapakainya di Negeri Sembilan mengikut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 1999," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, dari Januari hingga 30 September lalu, sebanyak 78 kompaun telah dikeluarkan JAS kepada pemilik kenderaan diesel membabitkan nilai kompaun RM156, 000.