Manchester United dibelenggu masalah kecederaan

Iklan
TEN HAG

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag mula menghela nafas lega setelah kembali mendapat khidmat kapten Bruno Fernandes di sebalik kem The Red Devils mula dihimpit kecederaan pemain-pemain menjelang kunjungan West Ham United di Stadium London, Ahad.

Bekas pengendali kelab Liga Eredivisie Belanda, Ajax Amsterdam itu juga amat berharap dapat menggunakan kudrat pemain pertahanan, Jonny Evans di sebalik masalah kecederaan sedang melanda gergasi England tersebut untuk musim kedua berturut-turut.

Iklan
Iklan

Skuad kendalian ten Hag ketika ini berada di tangga ke-12 dalam Liga Perdana Inggeris dengan 11 mata selepas lapan perlawanan berharap untuk membina momentum selepas kemenangan 2-1 ke atas Brentford hujung minggu lalu.

Namun West Ham bimbingan Julen Lopetegui kelahiran Asteasu, Gipuzkoa Sepanyol berada di tangga ke-15 dengan lapan mata.

Iklan

Fernandes dan Evans sebelum ini terlepas perlawanan ketika Manchester United seri 1-1 menentang Fenerbahce dalam aksi Liga Europa pada Jumaat, dengan kapten The Red Devils, Fernandes menjalani hukuman penggantungan satu perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Porto, dan Evans pula diketepikan selepas mengalami masalah sama semasa berdepan Brentford.

"Kami perlu bersedia, ia adalah pemulihan yang singkat dan kami mengharapkan Bruno kembali, dan diharapkan juga Jonny Evans,” ujar ten Hag.

Iklan

Ditanya mengenai status Antony selepas diusung keluar padang di Istanbul pada Jumaat, ten Hag berkata:"Saya tidak tahu.”

Sebagai rekod, angkatan ten Hag juga masih tanpa kelibat Kobbie Mainoo dan Harry Maguire yang cedera.

"Ya, situasi kecederaan pemain-pemain sekarang menahan kami untuk berada pada prestasi terbaik, dan juga kedudukan dalam liga.

"Apabila anda tidak mempunyai pemain yang tersedia, anda tidak boleh membariskan pasukan terbaik, dan itulah yang menghalang kami ketika ini.

"Pada tahap ini, sememangnya kami amat memerlukan lebih ramai pemain yang sentiasa tersedia,” kata ten Hag mengenai perkembangan terkini isu kecederaan pemain-pemainnya.

Jelas ten Hag lagi, bagi mengatasi masalah itu pelbaai usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan pemain yang tersedia perlu bagi menyaingi pasukan lawan.

"Kami perlu melakukan lebih baik untuk mendapatkan lebih banyak pemain yang tersedia, kerana kami tahu apabila kami mempunyai mereka, kami menjadi pasukan yang sangat sukar untuk disaingi pasukan lawan

"Apabila kami memilikinya, kami boleh benar-benar berjaya, dan itulah yang kami tunjukkan sejak beberapa bulan lalu,” ujarnya.

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (26 OKTOBER)

Manchester City lwn Southampton, 10 malam

Brentford lwn Ipswich Town, 10 malam

Brighton lwn Wolves, 10 malam

Aston Villa lwn Bournemouth, 10 malam

AHAD (27 OKTOBER)

Everton lwn Fulham, 12.30 tengah malam

Crystal Palace lwn Tottenham Hotspur, 10 malam

Chelsea lwn Newcastle United, 10 malam

West Ham United lwn Manchester United, 10 malam

ISNIN (28 OKTOBER)

Arsenal lwn Liverpool, 12.30 tengah malam