KUALA LUMPUR - Polis menafikan berlakunya insiden sebuah pesawat Boeing 737 membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, sebaliknya, ia hanyalah simulasi kecemasan mengendalikan insiden pesawat terhempas dengan penglibatan bersama beberapa agensi penyelamat.