Serangan Israel ke atas Iran adalah 'tingkah laku jenayah' - Pakistan

Iklan
Kementerian Luar Pakistan

NEW DELHI - Pakistan pada Sabtu mengecam serangan udara Israel ke atas Iran sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, yang menimbulkan ancaman kepada kestabilan serantau.

"Serangan ketenteraan Israel terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Republik Islam Iran adalah satu pelanggaran serius terhadap Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Serangan ini menjejaskan usaha ke arah keamanan dan kestabilan serantau serta merupakan peningkatan ketegangan yang berbahaya di rantau yang sudah tidak stabil," kata Kementerian Luar Pakistan.

Kementerian Luar Pakistan menyatakan campur tangan antarabangsa diperlukan untuk menghentikan"tingkah laku jenayah" Israel.

Iklan

Kementerian itu menegaskan Israel bertanggungjawab sepenuhnya untuk kitaran semasa peningkatan ketegangan dan perluasan konflik.

"Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk memainkan peranannya bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, serta mengambil langkah segera untuk menamatkan tindakan melulu Israel di rantau ini dan tingkah laku jenayahnya," menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut Agensi Anadolu, Israel melancarkan"serangan tepat" ke atas"sasaran ketenteraan" di Iran, dengan letupan dilaporkan berlaku di Tehran pada awal Sabtu. Beberapa jam kemudian, tentera Israel mengumumkan serangan udara yang disasarkan ke atas kemudahan ketenteraan Iran telah selesai.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan bahawa Iran mendakwa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam dan wilayah barat daya Khuzestan berjaya dipintas, dengan hanya mengakibatkan kerosakan terhad. - Bernama