Flick tabik perpaduan Barcelona menjelang pertarungan Real Madrid

Iklan
Lopez boleh memainkan peranan penting berdepan angkatan Los Blancos kendalian Ancelotti di Stadium Santiago Bernabeu. Foto Agensi

PENGENDALI Barcelona, Hansi Flick memuji kesepaduan dan gaya agresif Blaugrana menjelang perlawanan El Clasico La Liga menentang Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu pada Ahad.

Barca mendahului Real dengan tiga mata di tangga teratas dengan empat kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk kemenangan 4-1 ke atas Bayern Munich di bumi Sepanyol dalam Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Ya, kami mempunyai idea bola sepak yang mahu ditampilkan dalam setiap perlawanan kepada pasukan lawan kami.

"Falsafah kami cukup mudah iaitu memberikan tekanan tinggi yang menyukarkan setiap pemain pasukan lawan merasakan sukar untuk bermain. Terlalu banyak ruang antara barisan tidak sesuai untuk pasukan seperti kami.

Iklan

"Pemain-pemain kami kekal cemerlang dan terus menyesuaikan diri dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Perubahan telah berjaya, saya percaya pada proses kemajuan pasukan, mereka mempunyai begitu banyak kualiti dan itulah yang kami mahu lihat tidak hanya dalam saingan La Liga tetapi juga Eropah musim ini dan seterusnya,” kata bekas pengendali kelab Bundesliga Jerman, Bayern Munich tersebut.

Iklan

Mengulas lanjut, Flick mengakui masih belum membuat keputusan berkenaan kesebelasan utama untuk El Clasico, namun membayangkan Fermin Lopez boleh memainkan peranan penting berdepan angkatan Los Blancos kendalian Carlo Ancelotti berkenaan.

"Saya belum memutuskan siapa yang akan bermula atau tidak, tetapi anda tahu Fermin terlibat untuk tiga gol menentang Bayern.

"Sejujurnya itulah yang kami mahu lihat daripadanya dan dia menunjukkannya. Kami sangat gembira kerana dia kembali daripada kecederaan dan sudah pun menjelmakan prestasi yang begitu baik,” kata Flick.

Sementara itu, Flick turut memuji persembahan pemain remaja Barcelona, Lamine Yamal yang berusia 17 tahun pada musim ini.

"Khusus untuk perlawanan menentang Bayern, saya mahu dia melakukan satu perkara dalam banyak perkara yang perlu dia lakukan, iaitu menekan (Alphonso) Davies dari barisan terakhir ke bahagian tengah kerana kami tahu betapa pentingnya peranan dia ketika mula menyerang.

"Yamal adalah pemain yang hebat dengan bola, anda semua boleh menghargainya ketika menentang Bayern.

"Ia adalah satu penghormatan untuk melihat apa yang Lamine lakukan untuk kami semua dan adalah penting bahawa dia boleh meningkat sebagai pemain pertahanan. Dan dia melakukannya dengan sangat baik,” ujar Flick.