Ribut Tropika Trami ragut 81 nyawa di Filipina

Iklan
Pejabat Pertahanan Awam (OCD) di Filipina melaporkan 81 kematian akibat kesan dahsyat Ribut Tropika Kristine (Trami) yang melanda pelbagai kawasan di dalam negara minggu ini.

MANILA - Pejabat Pertahanan Awam (OCD) di Filipina melaporkan 81 kematian akibat kesan dahsyat Ribut Tropika Kristine (Trami) yang melanda pelbagai kawasan di dalam negara minggu ini.

Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), Pentadbir OCD, Setiausaha Rendah Ariel Nepomuceno berkata, angka ini masih"tertakluk kepada pengesahan” untuk menentukan sama ada kematian mangsa berkaitan secara langsung dengan ribut itu.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 81 kematian dilaporkan oleh pejabat wilayah kami. Angka itu akan disahkan oleh Polis Nasional Filipina (PNP) yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG)," katanya.

Lebih separuh daripada jumlah korban dicatatkan di Wilayah Calabarzon dengan 48 kematian, diikuti Bicol, 28.

Iklan

Berdasarkan data yang dikeluarkan OCD, sekurang-kurangnya dua kematian dilaporkan di Wilayah Cordillera, satu di Ilocos, satu di Luzon Tengah, dan satu di Semenanjung Zamboanga.

Bilangan individu yang hilang telah meningkat kepada 34, dengan kebanyakannya dipercayai terperangkap akibat tanah runtuh.

Iklan

"Semoga kami masih dapat mengesan mereka, tetapi ramai mungkin menjadi mangsa tanah runtuh," katanya. - Bernama