Kongsi satu mata, Yusri terima keputusan seri di Manjung

Iklan
Pemain import pasukan Perak, Sunday Kolawole Afolabi (kiri) diasak pemain import pasukan Terengganu, Manuel Gelito Ott (kanan) pada perlawanan Perak FC menentang Terengganu FC dalam saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung hari ini. - Foto: Bernama

PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah memuji barisan anak buahnya selepas meraih keputusan 2-2 dengan Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), sebentar tadi.

The Bos Gaurus dilihat hampir pasti mengutip tiga mata berharga selepas mendahului 2-1 dengan mempamerkan corak permainan serangan bertali arus sebelum disamakan Terengganu pada masa kecederaan.

Iklan
Iklan

Yusri berkata, walaupun hanya berjaya mengutip satu mata, beliau berpuas hati dengan keputusan itu daripada pulang dengan tangan kosong.

"Saya memang puas hati dengan persembahan anak buah saya walaupun kecewa sedikit tidak meraih kemenangan, satu mata memadai berbanding kekalahan.

Iklan

"Kalau ikutkan atas kertas mereka (Terengganu) lebih baik tetapi pemain saya juga menunjukkan corak permainan yang baik, namun akibat kehilangan fokus kita dihukum di saat akhir dan inilah yang akan saya beri penekanan kelak," katanya dalam sidang media selepas perlawanan di sini hari ini.

Sementara itu, pengendali Terengganu FC, Badrul Afzan Razali turut memuji pemainnya yang tidak menyerah kalah dan mampu bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada minit akhir.

Iklan

"Saya bersyukur dengan keputusan seri ini kerana satu mata yang diperoleh ini sangat bernilai buat kami malah mereka bangkit daripada kesilapan yang dilakukan hingga mengikat keputusan perlawanan selepas ketinggalan dua kali.

"Saya akui kesilapan berlaku di semua bahagian hingga memberi dua kali sepakan penalti namun pemain tetap berdisiplin dan akhirnya berjaya mendapatkan mata penyamaan saat akhir," katanya.

Bagaimanapun, Badrul Afan mengakui ketiadaan beberapa tonggak utama akibat kecederaan merencatkan percaturan beliau hingga terpaksa melakukan rombakan.

"Selepas gol awal kita mengasak dan bermain dengan agresif serta bermain dengan baik namun kita juga melakukan kesilapan individu dan kadang kala kesilapan kecil.

"Keghairahan menjaringkan gol menyebabkan kita hilang fokus dan kita juga melakukan kesilapan di barisan pertahanan hingga menghadiahkan sekali lagi penalti," katanya. - Bernama