Kuching City kembali temui rentak kemenangan

Iklan
Penyerang import Kuching City FC, Petrus Shitembi (kanan) cuba menyambar bola daripada pemain Kuala Lumpur City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri hari ini. - Foto: Bernama

KUCHING City FC bangkit menebus kekecewaan tiga perlawanan lepas tanpa sebarang kemenangan dengan menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) FC 3-1 dalam saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Negeri, Kuching malam ini.

Biarpun ‘tempang’ tanpa dua pemain selepas kad merah dilayangkan kepada James Okwuosa dan Kipre Tchetche pada separuh masa kedua perlawanan, ia sama sekali tidak menjejaskan usaha Kuching City mengutip tiga mata berharga.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Okwuosa meletakkan Kuching City di hadapan menerusi jaringan seawal minit pertama sebelum Petrus Shitembi menggandakan gol pada masa tambahan separuh pertama.

Babak kedua, kapten pasukan KL City Paulo Josue menyuntik sedikit moral buat pasukan dengan merapatkan kedudukan menerusi jaringan penalti pada minit ke-62.

Iklan

Tchetche bagaimanapun memastikan Kuching City kembali menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga pasukan hasil jaringan penalti pada minit ke-68.

Iklan