RUU Mufti, Anwar dan Madani
Iklan
KONTROVERSI pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 berterusan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengumumkan bacaan kali kedua akan diteruskan pada sesi Dewan Rakyat kali ini tanpa sebarang pindaan.
Pada Julai lalu, ruangan ini telah menulis persoalan pokok mengenai bantahan ke atas rang undang-undang tersebut kerana ia telah mengeluarkan satu sektarian atau kelompok mazhab akidah yang berpegang kepada Imam Ahmad (Hanabilah), juga dikenali sebagai Salafi, Ahl al-Hadith atau Ahl al-Athar.