10 pemimpin zalim 'rakus membunuh'

Iklan
Gambar atas dari kiri: Adolf Hitler, Joseph Stalin,Pol Pot, Mao Zedong, Woodrow Wilson, bawah kiri: Maharaja Hirohito, Robert Mugabe, Benito Mussolini, Winston Churchill, Benjamin Netanyahu

SEJARAH peradaban manusia telah menyaksikan ‘kegemilangan’ pemimpin zalim dalam kalangan raja, diktator dan ketua yang dipilih melalui proses demokrasi.

Kepimpinan mereka telah membawa negara ke arah kehancuran dek ketamakan, kegilaan membunuh orang tidak berdosa dan ketidakcekapan.

Iklan
Iklan

Pemimpin yang teruk juga tidak bermakna mereka jahat atau diktator kerana ada juga disebabkan tiada kewibawaan untuk menggalas tanggungjawab besar mentadbir negara. Berikut senarai 10 pemimpin paling kejam di dunia.

1. Adolf Hitler (1934-1945)

Iklan

Pemimpin Nazi Jerman ini digelar sebagai individu paling teruk yang memporak-perandakan dunia. Hitler dianggap gila kerana bercita-cita mahu menguasai dunia hingga tergamak melakukan genosid dan menyebabkan hampir 50 juta penduduk di seluruh dunia terkorban dengan mencetuskan Perang Dunia Kedua. Hitler bertanggungjawab mengakibatkan keruntuhan Berlin dan meninggalkan trauma sejarah yang terpaksa ditanggung hingga kini.

2. Joseph Stalin (1920-an -1953)

Iklan

Pemimpin Tertinggi Kesatuan Soviet ini memerintah melalui keganasan, genosid dan pembunuhan di luar undang-undang. Stalin membunuh lebih 20 juta orang tidak berdosa, kebanyakan korbannya ialah rakyat Rusia. Dia menentang Hitler ketika Perang Dunia Kedua dan menjadi satu-satunya sebab namanya terpahat dalam sejarah.

3. Mao Zedong (1949-1976)

Pengerusi ‘berkuasa’ Parti Komunis China ini juga gila membunuh rakyatnya sendiri. Ketika empat tahun pertama penggal pentadbirannya, kira-kira empat hingga enam juta orang dipercayai dibunuh. Dasar Lompatan Jauh ke Depan dan Revolusi Kebudayaan telah menyebabkan kematian kira-kira 49 juta orang. Secara keseluruhan, Zedong membunuh kira-kira 78 juta orang melepasi angka korban Hitler dan Stalin.

4. Pol Pot (1976-79)

Pemimpin Khmer Rouge itu menjadikan Zedong sebagai sumber inspirasinya. Dalam usaha untuk mengubah ekonomi Kemboja menjadi agraria, Pol Pot bertindak menyekat pemikiran progresif dan sebarang aktiviti keagamaan yang mengancam ideologi Marxis. Dia membunuh lebih 25,000 sami Buddha dan menghapuskan 4,000 biara.

5.Woodrow Wilson (1913-1921)

Wilson memimpin Amerika Syarikat (AS) ketika Perang Dunia Pertama selepas melancarkan kempen untuk merebut jawatan Rumah Putih dengan menjanjikan pendirian berkecuali. Peperangan melibatkan pasukan tentera dari lebih 20 negara itu telah mengorbankan kira-kira 16.5 juta orang meskipun Washington di bawah pentadbiran Wilson selaku Presiden ke-28 AS menjadi perantara untuk rundingan damai pada 1918-1919.

6.Maharaja Hirohito (1926-1989)

Semasa era pemerintahannya, Jepun melancarkan perang berskala besar di seluruh rantau Asia pada 1930-an dan 1940-an. Penglibatannya dalam keputusan ketenteraan terutamanya dalam Perang Jepun-China Kedua dan Teater Pasifik Perang Dunia Kedua telah menjadi subjek perdebatan sejarah berkaitan isu jenayah perang kerana mengakibatkan kematian lebih 30 juta orang.

7.Robert Mugabe (1980-2017)

Mugabe mula terlibat dengan politik apabila melancarkan perang gerila ke atas pemerintah aparteid Rhodesia. Pada 1987, Mugabe mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden Eksekutif pertama. Pemimpin itu tamak memegang kuasa dan sanggup menggunakan kekerasan untuk memberi tekanan politik kepada mana-mana penentangnya. Ketika tindakan kekerasan tentera atau Gukurahundi, kira-kira 20,000 orang termasuk orang awam dilaporkan terbunuh. Mugabe memerintah selama hampir 40 tahun sebelum meletak jawatan pada usia 93 tahun.

8.Benito Mussolini (1922-1945)

Mussolini merupakan nasionalis Itali dan pengasas fasisme di negara itu. Diktator fasis pertama pada abad ke-20 itu bertanggungjawab atas kematian sehingga sejuta orang. Pentaasub Mussolini iaitu kumpulan militia, Skuad Blackshirt telah mencetuskan huru-hara dan melakukan keganasan melampau sebelum pemerintahan Mussolini digulingkan pada 1943.

9.Winston Churchill (1940-1955)

Ketika era gelap Britain semasa Perang Dunia Kedua, kepimpinan Churchill telah membawa kemenangan kepada negara itu setelah ia menewaskan Nazi Jerman. Churchill turut terpalit kontroversi selepas didakwa menggunakan senjata kimia ke atas Kurdish dan Afghanistan serta mengakibatkan kebuluran teruk di Bengal, India pada 1943. Kira-kira tiga juta orang dilaporkan terbunuh akibat dasar tidak berperikemanusiaan Churchill hingga mengundang kritikan banyak pihak.

10. Benjamin Netanyahu (1996-2022)

Kepimpinan ‘ekstremis’ Netanyahu telah menjerumuskan Israel ke dalam perang paling panjang, selain melancarkan Nakba kedua dengan melakukan kempen pembersihan etnik ke atas penduduk Palestin. Kegilaan pemimpin Parti Likud itu untuk berperang atas alasan mahu menghapuskan pejuang Hamas dan Hizbullah telah mengorbankan lebih 45,500 orang awam tidak berdosa termasuk kanak-kanak di Gaza serta Lubnan.