'Bersatu bukan lemah, hanya suara tak didengar'
Iklan
TEMPOH 17 bulan memegang tampuk pemerintahan kerajaan semestinya waktu paling mencabar dalam kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakan tidak, Perdana Menteri kelapan itu perlu mengurus negara ketika dunia termasuk Malaysia berdepan pandemik Covid-19.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengakui berada dalam kedudukan sukar ekoran tiada satu formula mahupun tempat yang boleh dijadikan panduan untuk menguruskan wabak seumpama itu.