Galak PBT tubuh koperasi - Kuskop

Iklan
Ewon berucap dalam majlis pelancaran kafe di Esplanade 2 di Temerloh pada Sabtu.

TEMERLOH - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menggalakkan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam gerakan koperasi.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya percaya penglibatan kakitangan PBT dalam gerakan koperasi tidak mengganggu tugas hakiki masing-masing.

Iklan
Iklan

"Selaku kementerian yang bertanggungjawab kepada gerakan koperasi kita sememangnya mahu ia terus berkembang.

"Banyak kali saya nyatakan di Parlimen, kita mahu penglibatan dalam gerakan koperasi ini dalam kalangan graduan, penjawat awam dan pesara kerajaan.

Iklan

Ewon(tiga dari kiri) ketika menyempurnakan simbolik pelancaran kafe itu sambil diperhatikan oleh Suris(kanan)

"Dan ini terpakai kepada pejabat-pejabat kerajaan seperti majlis perbandaran untuk menubuhkan koperasi yang boleh menjalankan perkhidmatan tanpa menjejaskan tugas hakiki mereka seperti yang dibuktikan oleh koperasi Majlis Perbandaran Temerloh (MPT)," katanya.

Iklan

Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Kafe Chicken Honey milik Koperasi Kakitangan MPT (Kosite) Berhad di Esplanade 2, di sini pada Sabtu.

Kafe yang diusahakan secara francais oleh Kosite.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kuskop, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Yang Dipertua (YDP) MPT, Suris Mihat dan Pengerusi Kosite, Mohd Khairi Mohd Yusof.

Dalam pada itu, Ewon memuji komitmen dan pencapaian Kosite yang juga muncul antara 350 koperasi terbaik di Malaysia selepas ditubuhkan sejak 1995 membabitkan 302 ahli dengan modal yuran sebanyak RM2,605,857.09.

"Saya percaya perasmian kafe ini yang dijayakan secara francais dengan rakan strategik mereka memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada.

Ewon (kanan) menunjukkan antara menu yang ditawarkan di kafe Kosite.

"Ia juga dapat membuka ruang lebih besar buat Kosite untuk menambahkan pendapatan," tambahnya.

Setakat ini, terdapat 47 koperasi membabitkan kakitangan PBT dengan keahlian 20,089 ahli di seluruh negara.