Rahang terkehel, gigi hancur akibat ditumbuk Khamzat

Iklan
Khamzat (kanan) mengalahkan bekas juara middleweight, Robert Whittaker seawal pusingan pertama di UFC 308. Foto Agensi

ATLET seni bela diri campuran (MMA) kelahiran Gvardeyskoye, Chechnya, Khamzat Chimaev simpati dan memohon maaf kepada Robert Whittaker kerana mencederakan petarung asal New Zealand itu semasa kedua-duanya berentap di pentas UFC 308 pada awal pagi Ahad.

Dalam pertarungan kelas middleweight yang berlangsung di Arena Etihad, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, Khamzat tampil dominan dan memanfaatkan skil gustinya untuk mengalahkan Whittaker pada minit ketiga, 34 saat dalam pusingan pertama.

Iklan
Iklan

Meskipun beberapa kali cuba melepaskan diri, Khamzat langsung tidak memberi ruang kepada Whittaker untuk berdiri sebelum melepaskan tumbukan rendah bertubi-tubi dan mengunci rahang sehingga lawannya itu menyerah kalah.

Selepas pertarungan berakhir, beberapa imej kecederaan mengerikan Whittaker dikongsi di media sosial.

Iklan

Dalam gambar tersebut, jelas kelihatan beberapa batang gigi bekas juara middlewhite itu hancur, manakala rahangnya disyaki terkehel.

"Saya tidak berniat mencederakannya tapi itulah tugas saya, mencederakan orang membuatkan saya gembira."

Iklan

Sebagai rekod, Khamzat dan Whittaker sepatutnya bertarung pada Jun lalu, namun Khamzat terpaksa menarik diri atas isu kesihatan.

Beberapa batang gigi Robert Whittaker hancur dan tercabut selepas bertarung dengan Khamzat Chimaev di UFC 308. Foto Agensi

Kemenangan ke atas Whittaker menyaksikan Khamzat, 30, melebarkan rekod bersihnya kepada 14-0.

Malah, kemenangan itu mengukuhkan lagi reputasi Khamzat sehingga Presiden UFC, Dana White dikatakan mengubah fikiran untuk meletakkan jaguh Chechnya itu sebagai pencabar utama tali pinggang middleweight yang kini disandang petarung Afrika Selatan, Dricus Du Plessis.

Sebelum ini, Dana telah memberi bayangan bahawa Du Plessis sekali lagi bakal dicabar petarung Amerika Syarikat, Sean Strickland dalam pertarungan ulangan.