'Pelanggan lari lepas nampak polis serbu'

Iklan
Polis menggempur sebuah premis pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Sabtu. (Gambar kecil: Rusdi)

KUALA LUMPUR - Hasrat beberapa lelaki warga asing untuk melanggan pelacur di 'rumah merah' di sini, terbantut selepas menyedari premis itu diserbu polis, pada Sabtu.

Serbuan Op Noda #KLStrikeForce itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang diketuai Asisten Superintenden Saifulazhar Abd Khodir.

Iklan
Iklan

Sinar Harian yang mengikuti operasi terbabit mendapati pasukan operasi terpaksa memotong pengunci premis untuk masuk.

Tinjauan juga mendapati premis pelacuran itu menggunakan pintu besi selain berada di bangunan yang sedikit usang.

Iklan

Pintu masuk salah sebuah premis pelacuran yang berjaya dikesan polis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Beberapa pelanggan disyaki warga asing yang cuba masuk ke dalam premis terus melarikan diri selepas melihat kehadiran polis.

Iklan

"Seramai 10 wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 30-an telah ditahan selain rampasan kondom, botol minyak pelincir, tisu serta wang tunai.

Polis menahan 10 wanita warga Indonesia disyaki pelacur dalam serbuan di ibu negara, pada Sabtu.

"Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran di premis yang mula beroperasi bermula jam 5 petang itu mengenakan bayaran sekitar RM40 hingga RM50 bagi khidmat seks wanita terbabit," katanya.

Tambah Rusdi, wanita berkenaan disyaki masuk sebagai pelancong serta menjalankan kegiatan pelacuran jalanan secara 'freelance'.

"Pemeriksaan mengenai pergerakan keluar maduka Malaysia oleh wanita terbabit akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)," ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.