4 maut dalam nahas helikopter di Rusia

Iklan
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di wilayah Kirov. Foto Agensi

MOSCOW - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di wilayah Kirov, Rusia, lapor agensi berita Jerman dpa.

Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia.

Iklan
Iklan

Selain juruterbang, seorang doktor dan dua paramedik dilaporkan berada di dalam helikopter itu.

Punca kemalangan masih belum didedahkan dan siasatan berhubung kejadian telah dilancarkan.

Iklan

Helikopter Mi-2 dihasilkan dari pertengahan 1960-an hingga akhir 1990-an. - Bernama-dpa

Iklan