Lewandowski pacu Barcelona tumbang Real Madrid di Santiago Bernabeu

Iklan
Lewandowski

DUA gol separuh masa kedua pemain Barcelona, Robert Lewandowski membolehkan Blaugrana membelasah seteru berzaman Real Madrid 4-0 untuk kekalahan pertama dalam 42 pertemuan El Clasico di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid.

Dua gol pertarungan dua pasukan teratas La Liga Sepanyol itu dijelmakan bintang remaja Lamine Yamal berusia 17 tahun dan 106 hari (m-77) bagi menjadi penjaring termuda Clasico sebelum kapten Raphinha melengkapkan kemenangan selesa minit ke-84 di laman Los Blancos.

Iklan
Iklan

Keputusan itu melebarkan pendahuluan Barcelona di puncak dengan 30 mata, enam mata mengatasi Real juga menyaksikan rentak liga gergasi Sepanyol tersebut tidak tewas berakhir selepas 13 bulan.

Selepas empat kekalahan El Clasico berturut-turut, Barcelona meraih kemenangan pertama ke atas Real sejak Mac 2023 dengan penuh bergaya dijelmakan persembahan klinikal menepati idea pengendali Hansi Flick yang mempertaruhkan corak pertahanan tinggi yang agresif.

Iklan

Angkatan Flick lebih selesa bermain dengan corak serangan balas, apabila mengeksploitasi kelajuan Raphinha dan Yamal untuk membantu memberi umpan kepada penjaring terbanyak LaLiga, Lewandowski.

Sebaliknya Real asuhan Carlo Ancelotti yang berada di puncak liga sebelum itu kecewa apabila menpersia-siakan beberapa peluang, terutamanya melalui Kylian Mbappe yang terlepas empat peluang selain dinafikan perangkap ofsaid sembilan kali termasuk dua gol.

Iklan

Biarpun Real mendominasi rentak namun Barca tampil lebih taktikal mengambil risiko yang membuahkan hasil apabila Lewandowski membungkam penonton dengan meledak dua gol pada minit ke-54 dan minit ke-56 untuk 14 gol dalam 11 aksi liga.

"Kami sangat gembira untuk menang di sini dengan jaringan seperti ini yang merupakan kemenangan yang hebat.

"Ya musim ini masih panjang, tetapi kemenangan ini boleh melonjak keyakinan kami bagi mengharungi kempen bola sepak.

"Setakat ini, kami belum memenangi apa-apa tetapi yang penting kami mempunyai idea yang jelas dan tahu bagaimana mahu meneruskan corak permainan agresif pasukan," kata Lewandowski.