Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai

Iklan
Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan Linda Jasmine, selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.

PELAKON dan pengarah terkenal Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan pengarah tarian, Linda Jasmine, selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45 tahun, mengesahkan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat secara sepakat demi kebaikan bersama. Memetik laporan media, Que berkata, walaupun berpisah, hubungan mereka kekal baik dan mereka bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.

Baginya, sokongan bersama antara ibu bapa adalah penting bagi memastikan kebajikan anak-anak terpelihara, meskipun rumah tangga mereka sudah berakhir.

Iklan

Que turut mengambil pendirian untuk tidak menghebahkan punca sebenar perceraian mereka, menghormati sifat peribadi isu tersebut.

Menurutnya, tiada keperluan untuk berkongsi atau membangkitkan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian hubungan baik yang masih wujud antara beliau dan bekas isteri.

Iklan

Que dan Linda berkahwin pada 14 Februai 2009.

Selain Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra, Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24 tahun, hasil daripada perkahwinan terdahulu. - Awani