Pelaburan KWAP dalam Cyan bangunkan pengetahuan, bakat tempatan

Iklan
KWAP melabur RM219 juta untuk kepentingan minoriti dalam Cyan, pemilik dan pengendali kapal sokongan luar pesisir terbesar di Asia. (Mohd Shukri)

IPOH - Persatuan Jurutera Marin Malaysia (PJMM) menyokong inisiatif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM219 juta untuk kepentingan minoriti dalam Cyan Renewables (Cyan), pemilik dan pengendali kapal sokongan luar pesisir terbesar di Asia.

Presidennya, Ts Mohd Shukri Mohd Yusoff berkata, pelaburan tersebut sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menerajui tenaga boleh diperbaharui dan inovasi maritim.

Iklan
Iklan

"Selain itu, ia membuka jalan untuk masa depan yang mampan yang mana bakat Malaysia berada di barisan hadapan dalam kemajuan marin dan kejuruteraan.

"Kami menyedari bahawa pengembangan Cyan di Asia-Pasifik menawarkan peluang berharga bukan sahaja untuk pulangan kewangan tetapi juga untuk pemindahan kritikal kepakaran, teknologi dan amalan terbaik dalam sektor maritim," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurut Mohd Shukri, pihaknya menggesa KWAP dan Cyan untuk mengutamakan pengambilan jurutera marin tempatan dan profesional mahir bagi meningkatkan keupayaan tenaga kerja maritim Malaysia.

"Inisiatif ini akan mewujudkan asas yang mampan untuk perkongsian pengetahuan yang penting untuk pertumbuhan jangka panjang industri kita.

Iklan

"Dengan mewujudkan program latihan dan perantisan yang komprehensif dengan kerjasama institusi pendidikan dan vokasional kami, Cyan boleh memainkan peranan penting dalam memupuk tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bersedia untuk menangani cabaran masa depan dalam tenaga boleh diperbaharui dan kejuruteraan marin," katanya.

Tambah beliau, PJMM bersedia memudahkan perkongsian, latihan dan program peningkatan kemahiran.

"Kami menantikan masa depan yang mana jurutera marin tempatan bukan sahaja menyumbang tetapi memimpin dalam memajukan tenaga boleh diperbaharui dan industri maritim Malaysia," ujarnya.

Media melaporkan sebagai pelabur bersama dalam perjanjian yang diterajui Seraya Partners, KWAP berkata, pelaburannya sejajar dengan kerangka Ekonomi Madani, memacu kemampanan, kemakmuran dan inovasi.

Pelaburan dalam Cyan mencerminkan komitmen KWAP untuk mencapai RM20 bilion dalam pelaburan aset alih menjelang 2030.