Budak empat tahun jatuh dari tingkat 12 dilaporkan stabil

Iklan
Laporan Sinar Harian.

GEORGE TOWN - Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini pada Sabtu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kanak-kanak berusia empat tahun itu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan keterangan keluarga kanak-kanak itu, mangsa dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di ICU untuk pemerhatian selama 48 jam," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merekodkan keterangan ibu bapa dan saksi yang melihat kejadian itu serta kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi semalam, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari bilik tidur utama rumahnya.

Siasatan polis mendapati mangsa ditemukan oleh neneknya berusia 63 tahun yang juga penjaganya di tingkat tujuh dan difahamkan mangsa yang merupakan anak tunggal itu terjatuh dari tingkap bilik tidur utama ketika neneknya berada dalam tandas. - Bernama

Iklan