Budak perempuan enam tahun lemas dalam parit

Iklan
Seorang kanak-kanak perempuan enam tahun ditemui lemas dalam sebuah parit di Kampung Sungai Kajang Lama.

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan enam tahun ditemui lemas dalam sebuah parit di Kampung Sungai Kajang Lama di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 9.01 malam.

Menurut beliau, siasatan polis mendapati mangsa dipercayai bermain basikal berhampiran kawasan parit di kampung berkenaan.

Iklan

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan telah disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Azharudin memberitahu, hasil bedah siasat yang dijalankan di hospital itu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Iklan

Beliau memberitahu, tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Anwar Abdul Kadir di Talian 03- 32891222 atau mana-mana polis berhampiran.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, polis mengesahkan dua beradik meninggal dunia akibat lemas di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, di sini pada Jumaat.

Dua beradik itu iaitu Mohd Rasul Iman, 9 dan adiknya, Mohd Abd Qoyum, 7, ditemui tenggelam dalam parit selepas dipercayai bermain bola di rumah kenalan bapanya.