Rhythms Of Kinabalu martabat seni budaya tempatan

Iklan
Barisan artis dan pengiat seni yang menyertai Rhythms Of Kinabalu 2024 (ROK 2024) selama tiga hari bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu Sabah.

KUALA LUMPUR - Rhythms Of Kinabalu 2024 (ROK 2024) dianjurkan bagi mengangkat keunikan seni budaya setempat serta tujuan memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKKN), Mohd Amran Mohd Haris berkata, matlamat utama Program Pelancongan Budaya (Culture-Based Tourism) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan (MOTAC) ini adalah untuk mempromosikan dan mengetengahkan kesenian pelbagai etnik negeri Sabah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program berkenaan berpotensi menjadi salah satu produk industri pelancongan bagi menarik lebih ramai kedatangan para pelancong ke Negeri Di Bawah Bayu ini.

"Malah ia juga mampu menjana ekonomi melalui seni dan budaya serta memupuk semangat kerjasama, meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

ROK 2024 menampilkan keunikan dengan persembahan lagu-lagu karya etnik negeri Sabah yang berkonsepkan ‘World Music’.

Beliau berkata, ROK 2024 berlangsung selama selama tiga hari bermula 25 hingga 27 November, jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu Sabah.

Iklan

"ROK 2024 merupakan penganjuran edisi ke-10 telah mendapat kerjasama dari pelbagai agensi di negeri Sabah sebagai rakan penganjur bersama sejak tahun 2012.

"Pada tahun ini ROK menonjolkan kelainan dan keunikan dengan mempersembahkan lagu-lagu karya etnik negeri Sabah yang berkonsepkan ‘World Music’ melibatkan penggiat seni dan kumpulan muzik tradisional sekitar Sabah,” ujarnya,

Jelasnya, ROK 2024 turut menampilkan persembahan artis tempatan seperti Velvet Aduk, Elica Paujin, Tuni Sundatang, Rapot Sanggong, Afiezal Fahmi, Fauziah Gambus, Dyana Baiduri, Marllenney, The Male-Efficient dan artis jemputan antarabangsa dari Korea Selatan.

Persembahan oleh artis tempatan Elica Paujin.

Selain persembahan utama, terdapat juga aktiviti kesenian dan kebudayaan lain yang telah disusun untuk para pengunjung yang hadir seperti Bazar Seni ROK, pameran kraf, Bengkel Muzik ROK, ROK Music Run, Interaktif Seni Budaya dan pelbagai lagi.

"Kemuncak program ialah Majlis Perasmian ROK Gala 2024 yang berlangsung pada malam Ahad dirasmikan Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah, Datuk Josie Lai bagi mewakili Menteri Pelancongan, Budaya Dan Alam Sekitar Sabah Datuk Cristina Liew.

Turut hadir Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mohd Amran Mohd Haris, mewakili MOTAC; Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, dan Pengarah JKKN Sabah, Jasmi Rasit.