Pelajar Tingkatan Lima maut, motosikal dilanggar pacuan empat roda

Iklan
Pelajar Tingkatan Lima maut manakala rakannya patah kaki akibat kemalangan. Foto Ihsan polis

JEMPOL - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima maut manakala rakannya patah kaki kanan selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 0.5 Jalan Bahau-Rompin di sini pada Ahad.

Kejadian jam 12.15 pagi itu berlaku ketika dua rakan sebaya yang menaiki motosikal Yamaha Ego dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Rompin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, sebaik sampai di lokasi, motosikal mangsa telah dilanggar sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dari arah bertentangan.

Keadaan motosikal dinaiki mangsa dan pacuan empat roda yang terbabit kemalangan di Kilometer 0.5 Jalan Bahau-Rompin. Foto Ihsan polis

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal telah mengalami cedera parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, pembonceng yang juga lelaki, cedera patah kaki kanan manakala pemandu pacuan empat roda dan kesemua penumpangnya tidak cedera.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Iklan

"Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan," katanya.