KPKM siasat dakwaan anggur 'Shine Muscat' ada bahan kimia berbahaya

Iklan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengambil tindakan segera jika anggur Shine Muskat didapati mempunyai bahan kimia berlebihan sehingga mengakibatkan keracunan.

PASIR PUTEH - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengambil tindakan segera jika anggur Shine Muskat didapati mempunyai bahan kimia berlebihan sehingga mengakibatkan keracunan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian itu sangat teliti berkaitan hasil pertanian yang diimport.

Iklan
Iklan

"Kita akan melakukan kajian dan penyelidikan di makmal membabitkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Bahagian Bio Sekuriti, Jabatan Pertanian serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia untuk membuat pengesahan jika ada kes keracunan membabitkan anggur itu," katanya.

Mohamad menyampaikan watikah KPA Kawasan IADA Kemasin Semerak 2024 pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan watikah Kumpulan Pengguna Air (KPA) Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak 2024 di Tok Bali pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) memberi amaran mengenai pencemaran anggur Shine Muscat selepas mendapati kebanyakan sampel yang dipercayai mengandungi sisa bahan kimia berbahaya melebihi tahap maksimum yang dibenarkan.

Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.

Iklan

Mohamad memberitahu, bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung kejadian itu.

"Bagaimanapun, pemantauan akan dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan tiada kes keracunan dan hanya hasil pertanian yang selamat dibawa masuk ke dalam negara," katanya.