20 unit pam tambahan di Kemubu dijangka siap Ogos 2025

Iklan
Mohamad (dua, kanan) menyampaikan watikah kepada ketua tani pada Ahad.

PASIR PUTEH - Sebanyak 20 unit pam tambahan di kawasan Rumah Pam Kemubu dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada Ogos tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pembinaan projek berkenaan membabitkan nilai RM20 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kemarau serius yang berlaku awal tahun lalu mengakibatkan pam di Rumah Pam Kemubu mengalami masalah untuk menyedut air apabila paras air rendah.

"Projek berkenaan sudah bermula dan turut melibatkan pembinaan tapak pam yang sesuai bagi membolehkannya berfungsi semula," katanya.

Iklan
Mohamad (duduk, tengah) bersama ketua tani yang menerima watikah KPA pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan watikah kepada 48 Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak 2024 pada Ahad.

Jelas beliau, pembinaan pam itu kini mengikut jadual yang ditetapkan dan berjalan lancar.

Iklan

"Pembinaan pam itu juga akan memastikan proses penanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) tidak terjejas," katanya.

Dalam pada itu Mohamad memberitahu, penyampaian watikah bertujuan mengiktiraf usaha KPA yang memastikan pengurusan sumber air yang berkesan dan mampan bagi meningkatkan hasil pertanian serta menjamin ketersediaan bekalan makanan.

KPA berfungsi sebagai platform bagi pengguna untuk bersuara, bertukar pandangan dan bekerjasama dalam merancang serta melaksanakan strategi pengairan yang efisien.