Tragedi konvoi: Pemandu, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kenderaan bertembung

Iklan
Motosikal berkuasa tinggi dan Perodua Kembara bertembung dan menyebabkan kedua-dua mangsa maut di lokasi Kilometer 11, Jalan Pan Borneo, Papar.

PAPAR - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun dan pemandu lelaki berusia 75 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Dipercayai, penunggang motosikal tersebut dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu bersama kumpulan konvoi selepas menghadiri menghadiri Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Kawasaki dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara.

Iklan
Motosikal berkuasa tinggi dan Perodua Kembara bertembung dan menyebabkan kedua-dua mangsa maut di lokasi Kilometer 11, Jalan Pan Borneo, Papar.

"Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau dan ketika kejadian dia berada di lorong laju sebelah kanan.

"Sebaik tiba di lokasi, sebuah kenderaan tiba berada di lorong bertentangan yang telah membuat pusingan U secara mengejut dan dilanggar oleh penunggang motosikal tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Katanya lagi, akibat daripada itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Papar.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik untuk proses pengecaman dan bedah siasat," katanya.

Pasukan bomba melakukan operasi mangsa kemalangan melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu Perodua Kembara di Kilometer 11, Jalan Pan Borneo, Papar.

Kamaruddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat terhadap mangsa kemalangan tersebut.