Kompany cabar Bayern Munich bangkit di Bochum

Iklan
Kompany

GERGASI Bundesliga Jerman, Bayern Munich akan belajar daripada kekalahan 1-4 kepada jagoan La Liga Sepanyol, Barcelona dalam kempen Liga Juara-Juara di Stadium Olimpik Lluís Companys.

Namun kepercayaan The Bavarians untuk kembali mencipta kebangkitan musim ini tetap utuh tegas pengendali Bayern, Vincent Kompany menjelang perlawanan liga menentang VfL Bochum di Vonovia Ruhrstadion.

Iklan
Iklan

The Bavarians melepaskan tiga gol separuh masa pertama pada Khamis ketika kecundang dalam perlawanan kedua berturut-turut dalam Liga Juara-Juara selepas kekalahan 0-1 kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa di Villa Park pada Oktober lalu.

Namun di pentas domestik, angkatan Kompany tampil konsisten apabila tidak tewas dalam Bundesliga untuk berada di kedudukan teratas dengan 17 mata, di depan RB Leipzig dengan perbezaan gol.

Iklan

Bayern terdesak untuk bangkit musim ini selepas gagal memenangi sebarang trofi musim lalu, apabila Bayer Leverkusen memenangi kejuaraan berganda Bundesliga dan Piala Jerman.

"Tanggungjawab terletak pada keseluruhan pasukan.

Iklan

"Kami mempunyai kualiti dan pemain. Saya faham kami kalah dan perlu menerima kritikan itu. Tetapi saya tidak mahu terlepas pandang tentang apa yang boleh dicapai pemain jika mereka mengambil langkah seterusnya.

"Asasnya ialah pasukan bekerja dan ia belajar daripada saat-saat seperti itu. Kami tidak terkejut bahawa tidak semuanya sempurna. Ia adalah perkara biasa. Lagipun kami tidak memenangi kejuaraan musim lalu,” katanya.