'Dia depresi teruk, hilang anak dan ditinggal suami'

Iklan
Keratan video memaparkan seorang wanita mengamuk selepas keretanya ditarik oleh penguat kuasa PBT.

SHAH ALAM – Seorang wanita mengamuk ketika kereta miliknya ditarik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tular sebelum ini dikatakan mengalami depresi yang teruk.

Perkara tersebut dikongsi seorang individu dikenali sebagai Francis Ngu Hown Hua melalui laman Facebooknya memberitahu wanita tersebut mengalami depresi selepas kehilangan anak dan ditinggalkan suaminya kerana berkahwin dengan wanita lain.

Iklan
Iklan

"Dia pernah menjadi pensyarah di kolej matrikulasi. Anak keduanya meninggal dunia selepas dilahirkan dan suaminya berkahwin lain dan menceraikan dirinya.

"Suaminya juga telah mengambil anak pertama mereka dan membiarkannya bersendirian dalam kemurungan. Bagi siapa yang merasakan perkara ini kelakar, saya harap anda tidak mengalami keadaan seperti apa yang dialami oleh dia,” tulisnya.

Iklan
Hown Hua tampil berkongsi kisah di sebalik wanita mengamuk itu melalui laman Facebooknya.

Dalam pada itu, Hown Hua berkata, dia berkongsi kisah tersebut bukan kerana menyokong perbuatan wanita terbabit melanggar undang-undang, namun berharap orang ramai memahami masalah dihadapi wanita terbabit.

"Saya pelik kenapa ada komen hentam seolah-olah macam saya bagi lampu hijau hanya dengan alasan dia depresi. Bukan. Kalau langgar undang-undang, salah tetap salah. Kamu semua telah salah faham. Saya cuma cerita di sebalik tabir kehidupan kakak ini.

Iklan

"Alasan kenapa dia 'meletup' dan mengamuk macam itu dan ramai gelakkan dia sedangkan dia dalam keadaan yang sangat sengsara. Bukan nak beritahu kalau depresi, boleh buat sesuka hati," tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian Hown Hua kini tular di media sosial yang mengundang kesedihan dalam kalangan netizen yang bersimpati dengan keadaan menimpa wanita tersebut.

"Apabila saya melihat video tersebut, saya tahu ada sesuatu terjadi kepada dia. Biasanya orang tidak akan buat begitu dan sekarang saya tahu apa yang terjadi pada dirinya. Sememangnya sedih. Semoga dia cepat sembuh dari kemurungan,” tulis Goh Mei Ling di Facebook.

Nazlee Yahaya pula memberitahu,"Terima kasih kerana berkongsi kisah ini. Tidak ramai orang memahami apa yang dihadapi orang yang ada masalah mental. Semoga Tuhan meringankan bebannya dan anda juga yang telah berkongsi kisah bagi orang ramai memahami masalah dihadapinya."

ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] Wanita mengamuk kereta ditarik

Polis terima laporan wanita mengamuk kereta ditarik