PKR teruskan hubungan dengan UMNO, BN

Iklan
Anwar menerima cenderahati daripada Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri pada Konvensyen Keadilan Perak di Ipoh.

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan untuk mengukuhkan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di Semenanjung Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dibincangkan menerusi mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan parti itu pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Jentera parti mesti diperkuat. Dalam mesyuarat itu kita bincang hala tuju parti tentunya urusan kita untuk menyatakan hubungan kita dengan UMNO dan BN kalau di Semenanjung harus diteruskan serta harus lebih akrab lagi," katanya.

Anwar bersalaman dengan peserta yang hadir pada Konvensyen Keadilan Perak di Ipoh.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Perak, Memaknai Reformasi Menjulang Madani di Ipoh pada Ahad.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, pihaknya melihat kemungkinan untuk menyegerakan pemilihan PKR mengikut kaedah yang akan ditetapkan dalam masa terdekat.

"Kita harus melihat kemungkinan menyegerakan pemilihan parti tetapi tidak seperti dulu dengan hiruk-pikuk, kacau-bilau sebaliknya kena ikut peraturan yang lebih teliti.

Iklan

"Kita sedang kaji cuma keputusan harus disegerakan pemilihan. Saya tidak setuju untuk menangguhkan kerana pilihan raya masih lambat lagi," katanya.

Anwar hadir pada Konvensyen Keadilan Perak di Ipoh.

Beliau berkata, dengan adanya pemilihan parti, ia dapat memberi ruang kepada tenaga baru untuk bergandingan dengan ahli yang lebih senior.

"Apabila ada pemilihan presiden pun boleh dicabar tetapi itulah namanya musyawarah, beri ruang kepada anggota dan memberikan pandangan mereka.

"Bagaimanapun, perkara itu akan dihuraikan nanti oleh Setiausaha Agung PKR yang baharu, Fuziah Salleh dalam perjumpaan dengan Willian Leong yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa (Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia)," katanya.