Polis kenal pasti suspek kes samun bersenjata parang di Sarikei

Iklan
Polis telah mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Oktober lepas.

SARIKEI - Polis Sarikei mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Oktober lepas yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,500.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superintenden Aswandy Anis berkata, kelima-lima suspek yang berumur dalam lingkungan 50-an itu merupakan orang tempatan dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes kecurian dan dadah.

Iklan
Iklan

"Kita sudah kenal pasti suspek-suspek, sekarang ini tengah kesan mereka. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4.13 pagi itu, sekumpulan suspek yang bertopeng dan bersenjatakan parang telah memasuki sebuah kedai runcit di Jalan Meruton yang ketika itu hanya dijaga seorang juruwang wanita.

Iklan

Rakaman video kejadian terbabit yang tular dalam media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki memasuki kedai itu dan seorang daripada suspek meletakkan parang di leher mangsa serta menolak badan mangsa ke bawah meja.

Pada masa sama suspek lain menggeledah serta mengambil pelbagai barangan sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Honda. - Bernama

Iklan