KUALA LUMPUR - Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang meneliti peranan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan untuk mengenal pasti sama ada wujud pertindihan tugas dan peranan sebelum langkah selanjutnya diambil termasuk penggabungan.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu adalah bagi memastikan setiap agensi tidak mempunyai ‘duplicating of work’ serta memastikan agensi di bawah kementerian berkenaan kekal relevan.