[TIDAK RASMI] Akmal Zahin menang Ketua Armada Bersatu

Iklan
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Akmal Zahin mendahului pencabarnya dengan kelebihan 76 undi.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Keputusan tidak rasmi membabitkan pertembungan dua penjuru bagi jawatan Ketua Armada Bersatu Malaysia memihak kepada Akmal Zahin Zainal Zahir.

Menerusi kenyataan pusat pengiraan undi sayap memaklumkan, Akmal Zahin memperolehi 2,432 undi mendahului pesaingnya, Muhammad Hilman Idham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dengan 2,356 undi.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut selepas proses pemilihan Jawatankuasa Armada Bersatu Malaysia 2024 melalui undi perwakilan di peringkat bahagian pada Sabtu.

"Keputusan tidak rasmi menyaksikan Akmal Zahin mendahului pesaingnya, Hilman dengan majoriti 76 undi.

Iklan

"Keputusan ini adalah hasil dari penjumlahan undi bagi 112 daripada 115 bahagian yang layak bersidang dan memilih," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Ujar kenyataan itu, tiga bahagian tidak dijumlahkan undinya disebabkan dua daripadanya tidak menjalankan persidangan iaitu Bangi dan Kuala Krau manakala dan persidangan di Ampang terbatal.

Iklan

"Kami merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan, petugas dan pihak yang telah menjayakan proses pemilihan kali ini dengan penuh etika, integriti dan profesional.

"Keputusan rasmi adalah tertakluk kepada keputusan yang bakal diumumkan kemudian," ujar kenyataan itu.

Menurut sumber, difahamkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Pusat dijangka mengumumkan keputusan rasmi pada Isnin.