MAPS dibuka semula?

Iklan
Gambar kecil: Mohd Ariff

IPOH - Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menyerahkan perancangan mengenai Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) kepada Perak Corporation Berhad (PCB) sama ada dibuka semula atau sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Ariff Yeop Ishak berkata, PKNP selaku pemegang saham utama PCB menanti pelan strategi perniagaan baharu berkaitan MAPS bulan ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, MAPS merupakan salah satu lokasi tumpuan di negeri itu dan perancangan PCB mengenainya juga perlu diteliti oleh PKNP.

"Mungkin kita akan membuka semula (MAPS) tetapi saya tidak tahu perancangan PCB. Mungkin kita akan mendapat tahu keputusannya dalam bulan ini dan kemudian mereka akan menghantar pelan rancangan tersebut kepada PKNP sebagai pemegang saham majoriti.

Iklan

"Kalau pelan perancangan itu baik, mungkin kita setuju. Jadi kita perlu tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Pembangunan Projek Perak High Technology Park Bersama Penduduk Taman Chepor Sentosa, di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai kenyataan Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa terdapat pihak luar berminat mengambil alih MAPS, Mohd Ariff berkata, perkara itu belum dapat disahkan.

Iklan

Katanya, setakat ini PKNP tidak menerima sebarang permintaan mengambil alih MAPS.

Sebelum ini, Mohammad Nizar menjelaskan dua pelabur termasuk syarikat dari China dikenalpasti berminat mengambil alih MAPS.

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat dari China minat ambil alih MAPS

Pada 28 Januari lalu, The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young mengumumkan bahawa MAPS ditutup melalui satu notis dikeluarkan.

Menurut notis tersebut, tiada tempoh ditetapkan terhadap penutupan taman tema tersebut sehingga diberitahu.

ARTIKEL BERKAITAN: MAPS ditutup berkuat kuasa hari ini