FAISAL Halim dan Safuwan Baharuddin disenaraikan pengendali Selangor FC dalam senarai simpanan The Red Giants untuk perlawanan menentang penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.
Pemain import dari Jordan, Ali Iyad Ali Olwan dan penyerang muda Muhammad Aliff Izwan Yuslan, berusia 20 tahun mengisi posisi serangan Red Giants bagi menguji keampuhan benteng Harimau Selatan yang gah memimpin liga dengan rekod tanpa kalah musim ini.
Iklan
Iklan
Anak buah Nidzam tampil berdepan angkatan Hector Bidoglio dengan motivasi tahap tinggi selepas menjinakkan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors, 2-1 dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Red Giants selepas ini akan sekali lagi berdepan Jeonbuk di laman lawan pada 7 November depan.
Sementara itu, Harimau Selatan pula sedang mencari penawar untuk merawat kekecewaan setelah tumpas 1-3 kepada kelab Korea Selatan, Gwangju FC dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Elit di Stadium Yongin Mireu.
Keputusan positif berdepan Selangor secara tidak langsung meningkatkan motivasi Harimau Selatan yang akan melayan kunjungan wakil Korea Selatan, Ulsan HD di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 5 November depan.
Artikel Berkaitan