PPS dibuka, tempatkan 200 mangsa kebakaran di Tawau
Iklan
Kesan kebakaran yang memusnahkan 38 buah rumah di kawasan seluas 0.63 hektar di Kampung Jati pada Ahad. Foto Bernama
TAWAU - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Batu 8 di sini malam ini bagi menempatkan kira-kira 200 mangsa selepas 38 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Jati, Batu 5, Jalan Apas, di sini tengah malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Hamild Awang berkata, PPS itu diaktifkan bagi menempatkan mangsa daripada 48 keluarga terjejas akibat kejadian berkenaan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, mangsa yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini terdiri daripada 100 lelaki termasuk sembilan bayi lelaki manakala 100 lagi merupakan mangsa wanita.
Beberapa mangsa kebakaran memilih pakaian terpakai yang disumbangkan oleh NGO. Foto Bernama
"Terdapat 178 mangsa warganegara manakala 22 mangsa lagi bukan warganegara," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
Iklan
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.55 tengah malam tadi dan 38 rumah musnah terbakar serta seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemukan rentung di dalam rumah.
Katanya pihak bomba turut berjaya menyelamatkan kira-kira 68 rumah berhampiran sebelum operasi ditamatkan pada pukul 5.59 pagi tadi. - Bernama
Iklan
Penanaman bawang merah secara berskala besar yang pertama di Sabah akhirnya berjaya mengeluarkan hasil di mana penuaiannya bakal menghasilkan hampir 10 tan bawang merah daripada varieti BAW-2, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Kurup berkata, bawang merah itu dihasilkan melalui penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran bawang merah dalam negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/693227/edisi/sabah-sarawak/sabah-bakal-keluarkan-hampir-10-tan-bawang-merah-kundasang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #bawang #Sabah #Kundasang #BawangSabah