Letupan gegarkan medan selera di Bukit Mertajam

Iklan
Letupan menyebabkan bumbung zink di pusat perniagaan itu rosak dan sebahagian dinding dapur runtuh.

BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 10 orang pelanggan yang sedang menikmati sarapan di medan selera Ng Yam Huat di Taman Ciku di sini bertempiaran lari selepas berlaku letupan dalam kejadian pagi Ahad.

Letupan yang berlaku di bahagian dapur kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan bumbung zink di pusat perniagaan itu rosak dan sebahagian dinding dapur runtuh.

Iklan
Iklan

Selain itu, kaca beberapa gerai penjaja juga dilaporkan pecah akibat daripada letupan berkenaan.

Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan malah pemilik pusat makanan yang berada di bahagian dapur untuk membakar roti juga terselamat.

Iklan

Ng Chin Kui, 46, berkata, ketika kejadian dia sedang menyiapkan pesanan pelanggan, namun ketika dia menekan suis untuk membakar roti tiba-tiba berlaku letupan.

Keadaan pusat makanan selepas berlaku letupan pada pagi Ahad.

"Penglihatan saya jadi gelap seketika dan telinga berdengung.

Iklan

"Letupan kuat itu membuatkan saya terkaku dan tidak mampu berbuat apa-apa namun bersyukur saya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Chin Kui berkata, sebelum kejadian, dia ada terhidu bau gas yang agak kuat namun tidak mengendahkannya kerana sudah biasa dengan bau gas di situ.

Bagaimanapun dia tidak menyangka, disebabkan menekan suis mesin pembakar roti akan menyebabkan letupan berlaku.

Katanya, letupan itu turut menjejaskan kira-kira lima gerai penjaja lain di pusat makanan yang menempatkan lebih daripada 70 meja dan 12 gerai makanan.