Lori terbabas bawa 18,700 minyak masak peket seludup

Iklan
Sebuah lori jenis Nissan ditemukan terbabas di tepi jalan didapati membawa 18,700 minyak masak peket dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

RANTAU PANJANG - Sebuah lori jenis Nissan yang ditemukan terbabas di tepi jalan tanpa pemandu didapati membawa 18,700 minyak masak peket bernilai RM46,750 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Rampasan pada jam 4 petang itu dilakukan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semasa memeriksa sebuah pangkalan haram menerusi Op Taring Wawasan di pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa tiba di lokasi kejadian terdapat sebuah lori terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.

Hasil pemeriksaan menjumpai ratusan kotak yang mengandungi minyak masak peket tanpa dokumen sah.

"Hasil pemeriksaan telah menjumpai ratusan kotak yang mengandungi minyak masak peket tanpa dokumen sah.

Iklan

"Barangan kawalan terbabit dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran," katanya pada Ahad.

Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan ialah RM206,750 dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Iklan

Ujarnya, semua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok untuk tindakan selanjutnya.