Ibu menyorok makan 'jajan' dalam kereta

Iklan
Nur Ikhfa berkongsi kisahnya makan secara menyorok makanan ringan daripada pengetahuan anak-anaknya kerana tahu ia bukan bagus untuk kesihatan.

SHAH ALAM - Seorang ibu berkongsi kisah bagaimana dia makan secara menyorok makanan ringan atau 'jajan' daripada pengetahuan anak-anaknya kerana tahu ia bukan bagus untuk kesihatan.

Bagi tenaga pengajar kursus latihan pengendali makanan, Nur Ikhfa Musa, 37, mengakui ia hanya berlaku ketika berdepan dengan tekanan yang menyebab keinginan untuk makan makanan ringan terlalu tinggi.

Iklan
Iklan

"Saya penggemar makanan ringan dan memberikan sedikit kelegaan apabila menikmatinya sewaktu tertekan dengan kerja yang dilakukan.

"Jika makan di depan anak-anak, mereka akan terikut dengan gaya pemakanan dan perkara ini bukan bagus untuk kesihatan. Lagipun ia boleh menyebabkan mereka ketagih untuk makan lebih kerap,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Nur Ikha memaklumkan, pemakanan yang sihat amat penting untuk tumbesaran anak-anak.

Menurutnya, walaupun dia tidak terlalu tegas tetapi pemakanan anak-anak masih tetap akan dikawal.

Iklan

"Kita tahu budak-budak akan makan makanan ringan tidak kira di mana mereka berada jadi sebab itulah saya tetap jaga pemakanan mereka.

"Saya mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang lelaki. Salah seorangnya ada asma jadi jika makanan itu boleh menyebabkan mereka lebih sakit, saya akan larang serta sekat untuk makan,” jelasnya.

Mengulas berkenaan pengambilan vitamin tambahan untuk perkembangan anak-anak, beliau menjelaskan, pengambilan buah oren sangat bagus kerana mempunyai vitamin C semula jadi.

"Apa yang saya buat adalah bagi mereka makan buah oren, elakkan makanan yang diproses dan banyakkan makanan yang bersifat semula jadi sahaja.

"Saya juga akan terapkan anak-anak untuk melihat kandungan bahan makanan terutamanya logo halal Malaysia. Jadi lama kelamaan mereka akan terbiasa,” ujarnya.

Tambahnya, menjaga pemakanan anak-anak sangat penting untuk kesihatan tulang, otak, meningkatkan imunisasi badan dan mengelakkan obesiti.

"Selalu terjadi bila anak tak sihat ibu bapa akan bagi air kotak atau roti sedangkan kedua-duanya adalah makanan yang diproses dan ada kandungan gula yang tinggi serta tidak membantu untuk proses penyembuhan anak. Jadi elakkan,” katanya.