Arab Saudi mulakan pembinaan Mukaab

Iklan
Gambaran artis projek Mukaab yang bernilai $50 billion dijangka siap sepenuhnya pada 2030. - Foto: Agensi

RIYADH - Arab Saudi dilaporkan telah memulakan pembinaan projek mega Mukaab atau kiub gergasi yang bakal menjadi mercu tanda baharu negara berkenaan.

Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.

Iklan
Iklan

Bermula dengan proses penggalian yang kini hampir selesai, difahamkan ia akan menawarkan lebih 25 juta meter persegi keluasan lantai dengan mampu memuatkan ruang yang setara dengan 20 bangunan Empire State.

Pemaju, Syarikat Pembangunan Murabba Baharu (NMDC) dan dibiayai oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) pusat Arab Saudi, berkata kerja-kerja asas di tapak pengalian kini 86 peratus siap.

Iklan
Kerja-kerja penggalian kini hampir selesai.- Foto: Agensi

"Projek ini telah mencapai pencapaian penting dengan penyiapan kerja penggalian besar-besarannya.

"Sehubungan itu, langkah ini membuka jalan kepada pembinaan Mukaab, struktur padu yang ditetapkan untuk mentakrifkan semula seni bina global," demikian menurut jurucakap syarikat berkenaan.

Iklan

Mukaab adalah sebahagian daripada projek mega Arab Saudi dengan tawaran lebih daripada 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel dan lebih 980,000 meter persegi ruang runcit serta 1.4 juta meter persegi ruang pejabat, 620,000 aset rekreasi 1.8 juta meter persegi ruang khusus untuk kemudahan komuniti.

Reka bentuk Mukaab dengan kemudahan pertama seumpamanya, bakal menjadi antara struktur binaan terbesar di dunia dengan ketinggian 400m, lebar 400m dan panjang 400m.

Di dalam bandar baharu ini juga akan menempatkan universiti, muzium, ruang pejabat, hospital dan tempat tinggal.

Projek ini memainkan peranan penting dalam Wawasan 2030 Arab Saudi, yang bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi dan mengurangkan pergantungan kepada minyak.

Selaras dengan visi ini, pembangunan akan menjana pekerjaan, menarik perniagaan antarabangsa, dan mewujudkan persekitaran bandar hijau.

Dengan menyepadukan teknologi dan kemampanan, Mukaab akan menetapkan standard baharu untuk kehidupan bandar, menjadikan Riyadh destinasi untuk inovasi dan budaya.

Sebelum ini, perancangan 'Kaabah komersial' itu bukanlah langkah ke arah identiti kebangsaan baharu yang tidak lagi terikat dengan agama. - Agensi