Bimbang warga asing bermaharajalela
Iklan
AMPANG - Penduduk flat Pandan Mewah di sini meluahkan rasa bimbang dan kecewa apabila isu lambakan warga asing dipercayai tidak mempunyai dokumen sah selain pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) tidak dapat ditangani dengan berkesan.
Berikutan itu, wartawan Sinar Harian telah membuat tinjauan di kawasan penempatan itu bagi memastikan dakwaan terbabit.