Tidur bogel ketika mabuk, buang najis dari tingkat atas rumah
Iklan
AMPANG -"Ada yang sampai tertidur dalam keadaan berbogel ketika mabuk. Mereka jalan dan baring di mana-mana sahaja. Ada di dobi, peti surat dan tepi jalan.”
Itu cerita yang dikongsikan oleh seorang penduduk Pandan Mewah di sini ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini, yang mendedahkan kelakuan warga asing di penempatan berkenaan.