Kos lebih tinggi apabila bekerja antara faktor wanita tinggalkan kerjaya

Iklan
Program 'She Leads 5' akan berlangsung pada 29 Oktober ini membawakan dua panelis, Daneena Rahman dan Nini Marini. Gambar kecil: Bibi Sunita

SHAH ALAM - Ramai wanita berpendidikan tinggi terutama golongan profesional mengambil langkah meninggalkan kerjaya dan memilih menjaga anak di rumah.

Pengasas Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis), Bibi Sunita Sakandar Khan berpandangan, pelbagai faktor mempengaruhi keputusan tersebut antaranya bayaran pusat jagaan yang tinggi serta kos sara hidup semakin meningkat.

Iklan
Iklan

"Sekiranya mereka pilih untuk terus bekerja, lebih banyak kos terpaksa ditanggung. Oleh itu mereka tekad untuk cari alternatif lain seperti menjalankan aktiviti perniagaan dalam talian.

"Cuma tidak ramai yang mampu kekal dan bertahan dalam perniagaan kerana kurang ilmu dalam bidang berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu menurut Bibi Sunita, statistik tenaga buruh pada 2023 menunjukkan seramai 4.81 juta wanita berada di luar tenaga buruh yang mana 43.9 peratus daripadanya disebabkan oleh tanggungjawab terhadap keluarga.

Justeru ujar beliau, pihak berwajib perlu melaksanakan intervensi bagi membantu golongan wanita yang tinggalkan kerjaya untuk sertai bidang keusahawanan.

Iklan

"Perluaskan ekonomi gig kepada golongan wanita, suntikan dana atau pinjaman yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 perlu disertakan dengan komitmen kerajaan seperti latihan dan pembangunan mental serta fizikal.

"Kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) wanita perlu dipertingkatkan agar berperanan menjadi pengantara memantau petunjuk prestasi utama (KPI) wanita terlibat.

"Di samping itu perlu ada kaunseling kesihatan mental bagi keseimbangan kehidupan wanita yang kian mencabar,” ujarnya.

Banyak lagi kupasan akan dikongsikan menerusi program She Leads 5 pada 29 Oktober yang memberi fokus pada tajuk Bold Career Moves: Shift or Stay?

Program anjuran Sinar Daily itu akan diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf dengan membawakan dua panelis iaitu pengarah syarikat korporat dan akauntan, Daneena Rahman serta Nini Marini, seorang ibu kepada tujuh anak yang berani beralih dari dunia korporat ke dunia seni.